MAKLUMAN POLISI DATA PELANGGAN

Salam sejahtera.

Kami di Cerna Minda Sdn Bhd mengalu-alukan pendaftaran dan pertanyaan umum berkenaan Kursus Safety and Health yang dijalankan kami. Kami salah satu pusat latihan kompetensi yang diiktiraf badan berkaitan.

Sila rujuk: http://www.dosh.gov.my/index.php/en/competency/competent-training-centre/list-of-competent-training-centre-01/79-3-safety-and-health-officer-training-centre/file

Oleh kerana, kursus kompetensi ini memerlukan saringan kelayakan, kami di Cerna Minda Sdn Bhd bertanyakan beberapa soalan penting agar kelayakan peserta menepati piawaian pihak NIOSH, DOSH dan PTPK sebagai badan-badan yang menetapkan piawaian serta standard sesuatu kursus kelayakan.

Data yang dikumpul digunakan bagi menilai dan menyaring penyertaan kursus.

Untuk menyertai Kursus Safety and Health, peserta perlu:
Semak di laman web NIOSH: http://www.niosh.com.my/index.php/faq/training#what-are-the-requirements-necessary-to-attend-niosh-training-courses

1) Punyai Ijazah atau Diploma (ini lebih bagus). Jika hanya SPM, pastikan Grade 3 (jika SPM sebelum tahun 2000) atau Credit BM, BI, MATH dengan penglibatan 3 lagi subjek yang LULUS (bagi SPM tahun 2000 ke atas).

2) Berumur antara 18-45 tahun. Penting kerana ia melibatkan tempoh masa kursus, peperiksaan dan jangkaan untuk mendapatkan pengiktirafan Green Book. Usia terlalu muda tidak melayakkan penyertaan, seperti juga usia terlalu lanjut akan menambah beban kepada peserta untuk mendapatkan pengiktirafan.

Untuk memohon PINJAMAN PEKERJA melalui Kuota PTPK, peserta perlulah:

1) Samada seorang pekerja yang masih bekerja, atau pekerja yang sudah diberhentikan atau bekerja sendiri.

2) Boleh menyediakan penjamin berusia tidak lebih 45 tahun yang masih bekerja bergaji RM 700 ke atas.

Sila semak di http://www.ptpk.gov.my/. Klik Bahagian Services > Training Loans > Employees.

Oleh yang demikian, kami akan memproses data anda dengan amanah dan tertutup bagi tujuan penyertaan dan pemakluman info berkaitan kursus.

Thaaqhib Mohammed
Cerna Minda Sdn Bhd
018 3163846

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s